Resepi 3

Hai lapar nya rasa, baru-baru balik ni penat plak nak keluar, buka peti tengok ada 2 ekor ikan mambong yg dah di rebus dgn asam garam.

Nak makan apa ya..haaa teringat plak masa di Panuba Resort dulu owner dia Puan Ida mintak saya masak satu resepi ni, tapi masa tu dia pakai ikan besar, maklum lah di Pulau Tioman sering saja bot nelayan singgah hantar ikan segar.

Ini dia resepi saya hari ni:
Sapa nak rasa jom lah kongsi , Ikan masak rasa Panuba

Bahan-bahan
2 ekor ikan mambong atau ikan lain lain seperti bawal atau siakap ..terserah anda lah ikan apa ya. Gaul garam dan digoreng di hidang dalam pinggan

Bahan- bahan sambal nya

1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut
15 biji cili padi
1 1/2 sb sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara cara
Potong cincang halus semua bahan kecuali tomato di letak asing.
Panas kan minyak tumis semua bahan kecuali tomato, setelah agak garing masuk kan sos tiram dan tomato cincang atau dadu tadi.
Kacau seketika angkat dan tuang kan keatas ikan goreng tadi. Biar kan ia berperap disana sebelum di hidang..
Tips: saya tidak menambah kan perisa lain seperti gula atau garam, kerana rasa manis dari bawang dan masin dari ikan goreng akan bercampur sekali. Masam dari tomato pedas memang la dari cili kan...itu saja selamat mencuba.



Comments

Popular Posts