Custard sauce


Haaa ramai yang nak belajar buat puding cocktail lah, puding raja lah tapi tak ramai yang tanya macam mana nak buat sos puding.

Kebanyakan sos puding ni adalah dipanggil custard sauce iaitu campuran susu dan kuning telur.

Acap kali saya jumpa sesetengah orang sekadar menghidang puding mereka dengan hanya susu cair. Lalu mereka mengata kan ianya adalah kuah puding.

Ada sesiapa yang berminat dan ingin menghidang kan puding anda dengan lebih enak sila lihat resepi berikut ini cara saya lah, jangan marah kalau agak berlainan.

Bahan2
1 tin susu cair
3 biji kuning telur
3 sb gula
I sd teh esen vanila
Sedikit garam (kasi lemak)

Campur dan kacau semua bahan dengan wire whisk, masak diatas api perlahan dikacau berterusan dengan senduk kayu hingga konsitensi nya agak berkilat dan pekat sedikit dari susu cair biasa. Pastikan tidak berketul sejukan dan siap dihidang.

Sesuai di hidang dengan
 Puding cocktail
Puding raja
Puding custard
Flan sundae
Dan juga puding roti
Pendek kata semua puding yang kurang manis...jap ya saya sertakan gambar hasil dari air tangan sendiri

Comments

Popular Posts