PENGENALAN

Assalamualaikum, semua.



Terima kasih kerana berkunjung ke halaman my passion creations.

My passion creations adalah tempat saya mengekspresi minat dan hasil tangan saya, dengan harapan dapat menarik minat pengunjung dan akhirnya dapat membantu yang memerlukan sikit sebanyak perkongsian ilmu dalam bidang masakan.

Saya ni taklah hebat sangat, namun minat yang sejak azali mendorong saya masuk ke dapur hampir di setiap masa lapang.


Pada saya memasak haruslah dengan ikhlas,minat dan kasih sayang, pasti nya orang yang di sayang akan menggemari juadah yang disediakan. Walaupun sejuta orang diluar sana mungkin bukan peminat fanatik. Ha ha ha


Dengan harapan bukan untuk memuaskan hati semua pihak tapi biarlah dapat menjadi kegemaran majoriti.


Bermula disini hari ini, ikutilah perkongsian sajian saya...selamat meneroka..


Sekarang ni makanan kegemaran saya yang pertama, hurmmm kerang rebus. Mudah dan enak.

Kerang di cuci bersih, di rebus bersama serai,halia bawang putih dan cili jika nak pedas. Perasakan dengan sedikit garam. Rebus seketika hidang dengan sos colek. Beli la dekat Kelantan.sedap sos pencicah ummi di sana

Comments

Popular Posts