Resepi 4
Sambal kering jejari ketam
Gambar gambar diatas menunjukan langkah langkah menyedia
Bahan bahan
2 pkt filamen crab
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar tepung beras atau jagung
Bahan bahan utk sambal
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
3 sudu besar ikan bilis halus
Cara cara.
Sediakan crab stick , rendam crab stick seketika tos kan siat siat kan menjadi jerami, keringkan di bawah matahari atau dengan kipas angin.
Bila dah kering sadurkan dengan tepung jagung atau beras . Panas kan minyak goreng hingga kekuningan dengan api sederhana, pastikan masak serata supaya tidak lemau
Angkat tos kan.
Sedia kan sambal kering
Potong mayang semua bahan, goreng biar rangup semua bahan satu persatu angkat toskan.
Cili kering dilumat halus campurkan kesemua bahan siap untuk dihidang
Tips: crab stick, ikan bilis sudah ada perasa jadi saya suka untuk tidak menambah apa apa perasa. Manakala bawang goreng memberikan rasa dan aroma manis dan pedas dari serbuk cili kering.
Tips 2 : boleh pelbagai kan perisa, jika anda ingin kan rasa kari, ikut resepi bahan pertama tambahkan perisa tambahan goreng bersama daun kari .
Atau jika anda tidak suka kari bokeh juga perasakan dengan serbuk cheese setelah diangkat dari gorengan
Selamat mencuba














Comments
Post a Comment