Resepi Lopat Tikam
Assalamualaikum selamat pagi, sekarang ni saya baru saja tiba di Wangsa Maju, Alhmdulillah sambutan jualan puding raja di Kuantan semalam sangat lah berbaloi. Sayang nya kena balik KL jugak sebab esok pun ada permintaan.
Ok sekarang ni saya kongsikan resepi kuih talam lopat tikam versi saya.khas untuk followers.
Kuih lompat Tikam
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 sudu makan air kapur sireh
Sedikit garam untuk rasa lemak pada tepung
Pewarna hijau atau pes pandan
3 cawan air
Bahan-bahan pulut merah
2 cawan pulut
Setengah cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan-bahan lapisan lemak atau sos pekat santan
3 sudu besar tepung jagung (resepi asal tepung beras, tapi tpg jagung lagi smooth and rasa lagi enak, rupa lebih cantik.)
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
Daun pandan dan garam secukup rasa.
Cara-cara
Saya lebih suka sediakan pulut terlebih dahulu, kerana texture pulut lebih berat jadi saya jadikan base iaitu diletakan pada lapisan paling bawah
Rendam pulut dengan pewarna merah sekurang kurang nya 2 jam
Kukus pulut selama lebih kurang 35 minit atau sehingga pulut agak solid tidak bercerai. Angkat dan gaulkan dengan ramuan santan pekat tadi. Kukus semula pulut hingga masak.
Pulut yang sudah masak di canai kan ke dalam loyang pastikan ianya padat dan solid.
Masak lapisan hijau
Bancuh semua bahan dengan cara menuang air ke dalam tepung ini adalah tips untuk memastikan adunan kita tidak berketul. Jika kita meletakan tepung kedalam air kemungkinan besar tepung susah untuk larut dan menyebabkan adunan berketul.
Setelah itu kacau diatas api perlahan sehingga tepung menjadi adunan pekat berkilat dan agak berat untuk dikacau selama 45 minit atau sehingga masak.
Tuangkan dan ratakan diatas permukaan pulut merah.
Masak lapisan putih(paling atas)
Menggunakan kaedah yang sama seperti lapisan hijau, kacau atas api perlahan hingga masak. Tuang kan keatas permukaan hijau dan sejukan
Akhir sekali dihidangkan dengan gula melaka cair atau boleh dimasak sendiri gula melaka. Campurkan beberapa ketul gula melaka dengan air serta daun pandan masak sehingga pekat seperti caremel.
Saya suka hiaskan permukaan kuih ni dengan jala mas, sebab ada lebih jala mas dari puding raja he he he
Selamat mencuba.






Comments
Post a Comment