Resepi 8

Siakap Stim Express


Kenapa pulak express ya? Haa itu lah hari ni sebok sediakan puding raja bagi memenuhi permintaan pelanggan. Puan Jusmawati, puan Zaliha,Pusat Rawatan Islam Gombak Darul Sallam. Malas pulak nak masak beria ia kan. So ini lah dia masakan simple pada hari ini. Sila lihat resepi di bawah. Harap harap bermanfaat ya.

1 ekor ikan siakap di siang bersih
3 inci halia muda di potong julien
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 biji cilipadi di belah 2
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu kicap sotong
Setengah cube stock ayam
1 sudu teh tepung jagung

Cara cara menyediakan nya.
Masak air sehingga mendidih agak agak boleh tenggelamkan ikan dalam kuali. Dengan api yang besar.masukan stock ayam , masukan ikan. Setelah ikan masak serata angkat masukan kedalam pinggan hidang. Masukan semua bahan bahan lain tadi, masukan pes tepung jagung. Angkat dan tuang kan ke atas ikan. Hias dengan daun ketumbar baunyaa  pasti menyelerakan.

Comments

Popular Posts